Nasi Lemak Sambal Ikan

Semalam, masak Hati Goreng, ye lah, semalam tabur racun tikus, nak ternak kucing? berkutu plak nanti, tapi kalau x makan hati ayam boleh makan sayur bayam, tu pun ada vitamin K tuk cure kalau2 terkena racun. So, pagi ni nak masak spesial sikit, ye lah pagi Jumaat mestilah nak happy2 gitu, so nak masak Nasi Lemak Sambal Ikan, selalu Emak masak macam ni gak, sedap sampai tambah 2-3 pinggan 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Nasi Lemak
  • Beras kire2 1 setengah pot
  • Air kire2 cukup tuk buat nasi ceroi
  • Serbuk santan kire2 cukup jadi lemak2 gitu
  • Halia Tua Bentong kire2 3 milimeter, dihiris halus2
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Buah Pelaga sebijik
  • Garam Kasar 3 cubit

  1. Basuh beras 3 kali, selawat, sukat air n masukkan semua bahan dalam pot, masak, sementara siap, kita buat sambal ikan.

Sambal Ikan
  • Ikan seketul, saya pakai ekor ikan Mackerel je, sedap gak Mackerel tu, lemak2, cume banyak tulang 👻
  • Bawang Besar 1 hiris dari potong bulat, dipotong kecil2
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Cili Boh sikit
  • Sos Cili sikit
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, ditumbuk
  • Belacan sikit
  • Asam Jawa secubit
  • Garam Kasar sikit
  • Kunyit sikit, tuk digoreng separuh masak bersama ikan terlebih dahulu
  • Air sikit

  1. Lumur kunyit n garam kat ikan, biar kire2 5 minit, sementara tu panaskan kuali n minyak.
  2. Masak ikan sampai separuh masak, siap, ketepikan.
  3. Tumis Cili Boh, cili padi n Sos cili hingga naik bau, tambah sikit air, sikit je tau, kire2 cukup jadi kuah sambal.
  4. Masukkan belacan n asam jawa, kemuadian masukkan pula bawang besar, bawang putih n halia.
  5. Masukkan semula ikan yg separuh masak tadi, masak  n balik2an hingga keluar wap, siap! 👌

Wassalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ayam Goreng Masak Petai

Hahah, ni resepi tadi, lama x update blog ni bukan x layan blog, cume, banyak masak resepi yg sama, tu yg x tulis tu 👻 Serving: 1 orang ...