Tengah2 hari ni terbau jiran masak ikan masak kicap, teringin gak, so buat apa yg ada dalam freezer je, ikan bilis, ikan jugak kan? Kan 👻
Serving: 1 orang
Bahan2 Ikan Bilis Masak Kicap
- Ikan Bilis Kasar, kire2 cukup tuk makan, kopek dulu, buang najis ikan bilis tu, halalan n toyyiban 👻
- Kicap Manis
- Cili Api Vietnam, dipotong kecil2
- Bawang Besar, 3 hiris dari potongan bulat
- Bawang Putih Jin Xiang, kire2 3 milimeter
- Halia Tua Bentong, kire2 3 milimeter
- Sawi Putih, 1 helai
- Tauhu Goreng 2 ketul, dipotong kecil2
- Kentang 3 hirisan dari potong bulat, kemudian dipotong dua
- Minyak masak
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak, n goreng dulu kentang.
2. Selepas kentang siap, ketepikan, masukkan ikan bilis pula.
3. Selepas ikan bilis siap, masukkan semua bahan Ikan Bilis Masak Kicap tu termasuk kentang, masak hingga naik bau, siap! 👌
Wassalam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan