Ayam Masak Tom Yam

Semalam masak Nasi Lemak, so hari ni masak ayam plak, mule2 cadang nak buat Mee Kari atau Nasi Ayam, alih2 termasak Tom Yam plak, kebetulan plak bahan2 cukup, alhamdulillah 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Ayam Masak Masak Tom Yam
  • Ayam 2 ketul, saje nak makan banyak pepagi ni, saya pilih fillet n kulit ayam
  • Pes Tom Yam, kiub pun ok, ikut jumlah kuah
  • Air kire2 cukup tuk jadi kuah
  • Sawi sehelai, dipotong kecil2
  • Tauhu Goreng seketul, dipotong kecil2
  • Bawang Besar, 1 hiris dari potong bulat
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Cili Padi Kampung, 5 bijik, ditumbuk 
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris halus2 
  • Garam Kasar 1 setengah cubit
  1. Panaskan kuali, masukkan air, pes tom yam n ayam, sampai ayam separuh masak.
  2. Masukkan bawang besar, cili padi, halia, tauhu goreng, garam kasar, bawang putih n sawi, siap! 👌

Wassalam!

Hati Goreng Masak Kurma ala Kedai Mamak

Haha, ni resepi pagi Jumaat ni, sebab semalam baru tabur racun tikus, lagipun hati n bayam ada vitamin K tuk cure kalau2 terkene racun tikus 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Hati Goreng Masak Kurma ala Kedai Mamak
  • Hati seketul, kire2 cukup tuk makan, digaram n dikunyitkan terlebih dahulu sebelum digoreng
  • Serbuk Kurma sikit
  • Bawang Besar 1 hiris dari potong bulat
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, dipotong kecil2 kemudian ditumbuk
  • Minyak Masak sikit
  • Asam Jawa secubit
  • Sawi sehelai, dipotong kecil2
  • Garam Kasar 2 cubit
  • Kentang 3 hiris dari potong bulat

  1. Panaskan kuali n minyak, masak kentang terlebih dahulu, siap, ketepikan.
  2. Masak hati pula, siap, ketepikan.
  3. Masukkkan bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kurma, cili padi n serbuk kurma, tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan kembali hati n kentang, diikuti sawi n garam, siap! 👌

Wassalam!

Perut Masak Lemak Cili Padi Kuning

Ni resepi Emak, saje tetibe teringin makan perut, so buatlah resepi ni, tapi saya tambah daging sekali, yelah hujan2 ni sejuk, so kenelah makan daging, bagi panas sikit badan 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Perut Masak Lemak Cili Padi Kuning
  • Perut lembu kire2 cukup makan
  • Daging lembu kire2 cukup makan
  • Daun Kunyit sikit, dihiris halus2
  • Serbuk Kunyit sikit, kire2 kuah jadi kuning jer, jangan banyak sangat yer
  • Serbuk Santan kire2 kuah pekat
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Air kire2 cukup tuk jadi kuah
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, dipotong kecil2 kemudian ditumbuk
  • Asam Jawa 2 cubit
  • Garam Kasar 3 setengah cubit
  • Kentang, 3 hiris dari potong bulat
  • Minyak Masak

  1. Panaskan kuali n minyak, masak kentang terlebih dahulu, siap, ketepikan.
  2. Masukkan air, perut n daging, sampai perut n daging hampir masak.
  3. Masukkan pula, daun kunyit, bawang putih, halia, cili padi n kentang kembali.
  4. Masukkan serbuk santan, serbuk kunyit, asam jawa n garam kasar, api slow yer lepas masuk santan, siap! 👌

Wassalam!

Nasi Goreng Sambal Belacan

Ni resepi pagi tadi, kebetulan ada nasi lebih, so buatlah Nasi Goreng Sambal Belacan, simple tu simple, tapi kalau nak tukar kepada ayam n daging, instead of ikan bilis pun ok 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Nasi Goreng Sambal Belacan
  • Nasi kire2 cukup makan, nasi yer bukan beras
  • Sambal Belacan
  • Ikan Bilis kire2 cukup makan
  • Bawang Besar, 1 hiris dari potong bulat, dipotong dadu
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Sawi sehelai, dipotong kecil2
  • Bawang Goreng sikit
  • Tauhu Goreng seketul, dipotong kecil2
  • Kicap Pekat sikit
  • Minyak Masak sikit
  • Sos Cili, dituang sikit pada Nasi Goreng Sambal Belacan sebelum dimakan

  1. Panaskan kuali n minyak, masak ikan bilis terlebih dahulu, siap, ketepikan.
  2. Masukkan sambal sampai naik bau, masukkan pula nasi, gaul2kan.
  3. Masukkan pula bawang besar, bawang putih, halia, sawi, tauhu goreng n ikan bilis tadi, gaul2kan.
  4. Masukkan kicap n bawang goreng, gaul2kan, siap! 👌

Wassalam!



Ikan Bakar Kelapa Parut

Tadi pagi masak Nasi Lemak, so petang ni masak Ikan Bakar Kelapa Parut, nama sebenarnye terlupa plak, tu letak nama Ikan Bakar Kelapa Parut 👻. Ni belajar dari Emak, cuma pakai ikan sejuk beku je, Emak pakai ikan Kembong n Cencaru 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Ikan Bakar Kelapa Parut
  • Ikan Pangasius, potong ikut yg cukup makan, saya pilih ikan ni sebab murah n lambat expired, 2020 baru expired, sebab jarang makan ikan, selalu makan daging, kambing, kerbau n ayam je 👻
  • Kelapa Parut sekadar cukup tuk selaput ikan tu
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, ditumbuk n kemudian dilumur pada ikan
  • Serbuk Kunyit sekadar cukup tuk selaput ikan
  • Garam Kasar 2 sudu kecil, lumur pada ikan
  • Daun Pisang sekadar tuk lapik ikan

  1. Panaskan kuali, letakkan daun pisang, api slow, bakar ikan sampai masak, api slow yer, siap! 👌

Wassalam!

Daging Masak Kicap

Ni resepi pagi ni plak, dah lapar lah katekan, tapi baru tengah defroze daging, sambil2 tu tulis resepi 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Daging Masak Kicap
  • Daging kire2 cukup makan, kambing pun boleh gak, ayam pun ok
  • Kentang 2 hiris dari potong bulat
  • Bawang Besar, 1 hiris dari potong bulat, dipotong dadu
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, ditumbuk
  • Kicap Pekat
  • Sawi sehelai, dipotong kecil2
  • Air sikit, kire2 cukup tuk jadi pekat n kuah
  • Minyak Masak sikit

  1. Panaskan kuali n minyak, masak kentang dulu siap, ketepikan.
  2. Masak daging pula sampai hampir masak, api slow yer.
  3. Masukkan pula, bawang besar, bawang putih, halia, cili padi, kicap n air.
  4. Akhir sekali, masukkan sawi, siap! 👌

Wassalam!

Ikan Masin Berlada

Ni resepi semalam, makan2 terus tidur lena, x sempat nak tulis resepi 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Ikan Masin Berlada
  • Ikan Masin Malong, kire2 cukup
  • Bawang Besar, 1 hiris dari potong bulat
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, dipotong kecil2
  • Minyak Masak

  1. Panaskan kuali n minyak, masak ikan masin terlebih dahulu sampai hampir masak.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar, bawang putih n cili padi, siap! 👌

Wassalam!

Nasi Lemak Sambal Ikan

Semalam, masak Hati Goreng, ye lah, semalam tabur racun tikus, nak ternak kucing? berkutu plak nanti, tapi kalau x makan hati ayam boleh makan sayur bayam, tu pun ada vitamin K tuk cure kalau2 terkena racun. So, pagi ni nak masak spesial sikit, ye lah pagi Jumaat mestilah nak happy2 gitu, so nak masak Nasi Lemak Sambal Ikan, selalu Emak masak macam ni gak, sedap sampai tambah 2-3 pinggan 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Nasi Lemak
  • Beras kire2 1 setengah pot
  • Air kire2 cukup tuk buat nasi ceroi
  • Serbuk santan kire2 cukup jadi lemak2 gitu
  • Halia Tua Bentong kire2 3 milimeter, dihiris halus2
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Buah Pelaga sebijik
  • Garam Kasar 3 cubit

  1. Basuh beras 3 kali, selawat, sukat air n masukkan semua bahan dalam pot, masak, sementara siap, kita buat sambal ikan.

Sambal Ikan
  • Ikan seketul, saya pakai ekor ikan Mackerel je, sedap gak Mackerel tu, lemak2, cume banyak tulang 👻
  • Bawang Besar 1 hiris dari potong bulat, dipotong kecil2
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris halus2
  • Cili Boh sikit
  • Sos Cili sikit
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, ditumbuk
  • Belacan sikit
  • Asam Jawa secubit
  • Garam Kasar sikit
  • Kunyit sikit, tuk digoreng separuh masak bersama ikan terlebih dahulu
  • Air sikit

  1. Lumur kunyit n garam kat ikan, biar kire2 5 minit, sementara tu panaskan kuali n minyak.
  2. Masak ikan sampai separuh masak, siap, ketepikan.
  3. Tumis Cili Boh, cili padi n Sos cili hingga naik bau, tambah sikit air, sikit je tau, kire2 cukup jadi kuah sambal.
  4. Masukkan belacan n asam jawa, kemuadian masukkan pula bawang besar, bawang putih n halia.
  5. Masukkan semula ikan yg separuh masak tadi, masak  n balik2an hingga keluar wap, siap! 👌

Wassalam!

Mee Goreng Basah

Semenjak dua menjak ni hujan lembab n basah, so teringin la plak nak buat Mee Goreng Basah, ni resepi nya 👻

Serving: 1 orang

Bahan2 Mee Goreng Basah
  • Mee Kuning, saya pilih yg kering, expired lambat n murah
  • Ayam seketul, saya pilih kulit ayam, murah n sedap, tapi x leh makan selalu, nanti obes 👻
  • Kicap Pekat sikit
  • Sos Tiram sikit
  • Cili Boh sikit
  • Sos Cili sikit
  • Bawang Besar 1 hiris dari potong bulat, dipotong dadu
  • Bawang Putih Jin Xiang, kire2 1 milimeter, dihiris kecil2
  • Halia Tua Bentong, kire2 1 milimeter, dihiris kecil2
  • Sawi sehelai, dipotong kecil2
  • Tauhu Goreng seketul, dipotong kecil2
  • Bawang Goreng sikit
  • Cili Padi Kampung 3 bijik, ditumbuk
  • Air sikit tuk lembapkan mee kalau2 kering
  • Minyak Masak

  1. Panaskan kuali n minyak, masak ayam terlebih dahulu, sampai hampir masak, siap, ketepikan.
  2. Masukkan air n mee kuning, air tu sikit je ye, tuk jadikan mee tu lembut, siap, ketepikan.
  3. Masukkan minyak, tumis cili boh, kicap pekat, sos cili, sos tiram n cili padi yg ditumbuk tadi, api slow yer.
  4. Masukkan bawang besar, bawang putih, sawi n tauhu goreng n bawang goreng, kalau kering masukkan sikit air sampai lembap2, siap! 👌

Wassalam!

Ayam Goreng Masak Petai

Hahah, ni resepi tadi, lama x update blog ni bukan x layan blog, cume, banyak masak resepi yg sama, tu yg x tulis tu 👻 Serving: 1 orang ...